Terma & Syarat

1)Terdapat dua kaedah pembayaran untuk mendapatkan barangan kegemaran anda. Pertama melalui bayaran
   tunai. Kedua melalui deposit ke dalam akaun bank yang terpilih. Walaubagaimanapun, anda diminta untuk
   mengisi borang tempahan yang disediakan dalam ruangan Hubungi Kami untuk membuat tempahan dan
   mengetahui status barangan.

Kaedah Pertama
Isi borang terlebih dahulu untuk membuat tempahan. Sebaik menerima tempahan, kami akan menghubungi anda dan menetapkan waktu dan tempat pembayaran. Barangan akan diserahkan sejurus selepas pembayaran dibuat atau 3 hari bekerja selepas pembayaran (bergantung kepada stok).
Kaedah ini hanya bersesuaian untuk mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur / Batu Pahat (bergantung pada masa) sahaja.

Kaedah Kedua
Kami akan membalas e-mel anda sebaik menerima tempahan dalam masa terdekat. Semak selalu peti masuk atau spam mel anda. Lakukan pembayaran melalui bank Muamalat atau Maybank sahaja. Simpan resit, cetak dan hantar kepada kami melalui e-mel yang sama sebagai bukti pembayaran dalam masa 24 jam dari e-mel kami. Segala kelewatan harus dimaklumkan terlebih dahulu atau dianggap tidak berminat.

2) Kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kerosakan semasa urusan jual beli berlangsung.

3) Barangan yang sudah ditempah tidak boleh ditukarganti dengan barangan lain mahupun dikembalikan
    semula.

4) Urusan pembayaran hanya dibuat dalam unit Ringgit Malaysia sahaja.

5) Sila ambil perhatian bahwa sebaik anda menghantar e-mel kepada kami bermakna anda secara rasmi telah
    tertakluk kepada terma dan syarat. Sebarang urusan pembatalan adalah tidak dibenarkan sama
    sekali.

Terima kasih kerana memilih kami sebagai pusat perkhidmatan anda. Kami akan memberi perkhidmatan yang terbaik dari semasa ke semasa. Untuk pertanyaan sila hubungi kami di Twitter

Kenapa anda perlu pilih jersi kami?

 
LIMITED EDITION Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting